Followers

Monday, November 24, 2008

Datuk Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin – Mufti Perlis

Minggu hadapan adalah minggu terakhir cendikiawan dan ilmuan Muslim ini yang banyak menyumbang kepada kefahaman Islam akan bertugas sebagai seorang Mufti. Beliau disegani dan dihormati oleh ramai Muslim dan bukan Muslim sebagai seroang pemikir yang memudakan kefahaman islam yang sebenarnya adalah simple dan relevan kepada kehidupan seharian.

Masyarakat mengharapkan beliau lah yang dapat memulakan usaha kearah mengenepikan fahaman yang jumud dan ketinggalan dikalangan sarjana Islam yang bergelar ulama (yang saya istilahkan sebagai “ulama agama“ untuk membezakan mereka daripada ilmuan Muslim lain).

Tulisan beliau telah banyak membantu untuk merapatkan golongan muda kepada Islam tanpa paksaan dan “ugutan undang-undang“ yang digemari oleh beberapa sarjana pendidikan pengajian Islam yang takut atau tidak berkebolehan berbincang secara ilmiah.

Kita akan kehilangan seorang Mufti yang hebat. Saya doakan supaya Allah menguatkan lagi kedudukan dan peribadi beliau supaya beliau boleh terus berusaha untuk membawa kehadapan terjemahan Islam yang benar berasaskan Al-Quran dan Sunnah. Beliau bukan lah seperti ulama agama yang bersembunyi disebalik kejahilan umat Muslim untuk memperkukuhkan kedudukan dan pengaruh mereka. Saya yakin dengan kuasa Allah dan yakin bahawa kepalsuan akan dipadamkan dengan kebenaran.

SOKONG YOGA DIHARAMKAN !

Atas alasan dan logik yang diberikan oleh Majils Fatwa Kebangsaan yang terdiri daripada cendikiawan Melayu yang berpengetahuan luas dan perihatin untuk menyelamatkan Melayu daripada disesat, saya percaya perkara-perkara seperti in harus juga dilihat: -

1. Pakaian jubah yang digunakan oleh peguam-peguam adalah berasal daripada konsep pakaian paderi kristian atau bishops. Jubah ini juga ada sejarah yang bersangkut paut dengan agama kristian. Beitu juga dengan “bib” yang digunakan oleh peguam-peguam adalah berkaitan dengan sejarah agam kristian. Mungkin kah pakaiain sedemikian boleh mendorong seorang Melayu untuk menganut agama Kristian?

2. Cara penyembahan yang dilakukan dihadapan VVIP didalam majlis rasmi ada persamaan dengan cara hindu menyembah atau ber "namaste" dan tidak kah dikhuatiri bahawa ini boleh mengoncang akidah Melayu sehingga tertarik menjadi Hindu?

3. Pakaian neck-tie serta kot adalah daripada budaya barat yang mana kita tahu adalah buruk belaka. Maka, tidak kah kita khuatir bahawa pakaian barat ini akan membawa Melayu kepada mengamalkan budaya barat yang bercanggah dengan akidah? – haramkan pakaian sedemikian?

4. Cable televisyen, astro mempersembahkan pelbagai berita dan cerita yang kerap kali memuji nilai-nilai agama lain dan dipersembahkan dengan begitu menarik sehingga Melayu mungkin terpengaruh. Takkan kita nak tunggu sampai masalah lebih besar? Bagaimana kalau haramkan cable televisyen di rumah orang Melayu. Biar yang bukan Muslim sahaja menonton astro dan sebagai nya?

5. Paling merbahaya didalam menjejaskan akidah Melayu mungkin internet. Di internet ada laman-laman yang menerangkan menegnai agama lain dalam bahasa Melayu. Tidak kah kita khuatir bahawa akidah Melayu akan terjejas dengan membaca artikel-artikel itu? Maka, bagaimana kalau kita haramkan sahaja internet sebelum yang haram itu berlaku. Seperti yang dikatakan oleh pihak tertentu, perkara yang boleh menjurus kepada haram adalah haram.

6. Internet juga mempunyai pelbagai perkara lain yang boleh menjejaskan akidah. Maka, mungkin orang Melayu harus diharamkan daripada melayari interent kerana takut akidah mereka pula akan terjejas.

7. Seluar Jeans Levi itu dicipta oleh seorang Yahudi Jerman bernama Levi Strauss. Boleh kah ini permulaan yang menjurus kepada satu keadaan yang mungkin menjejaskan akidah? Harus difikir samada Melayu harus diharamkan untuk memakai jeans. http://en.wikipedia.org/wiki/Levi_Strauss

8. banyak lagi yang perlu dikaji yang boleh menjejaskan akidah Melayu.

Saturday, November 22, 2008

Is God really in our lives?

Malaysia should probably be classified as the 8th wonder of the world. It certainly has many wonders in its midst.

Every Malaysian remembers that our land is a land of slogans and songs. We have plenty of slogans – ‘bersih cekap amanah”, “kepimpinan melalui teladan”, “gemilang, cemerlang, terbilang” and so on. Go to every “gomen” department and you will find a slogan.

And yet, (this where we are the 8th wonder), we hear and experience major inefficiencies in the civil service, our political leaders suffer from lack of credibility, our universities are not terbilang and neither do we have kepimpinan melalui teladan.

And religion. God, this country has a lot of religion. Every Fridays, you find the Muslims going to the mosques and the hindus going to the temples. Every Sunday, you have the Christians praying at the Church. Every other day, you have the Taoists and Buddhists either praying at their temples or at the altar in their house. And there are the other religions which we do not normally mention in public but claim to believe and worship God nevertheless.

In fact, the government has taken the initiative to adjust the Friday lunch hours to enable the civil servants to pray. One would therefore think that the civil servants must be the most God-fearing of the lot in Malaysia. One cannot be faulted in thinking that Malaysia is almost a holy land full of pious citizens.

It seems everyone wants to be saved and every one wants to praise the Lord. What a wonderful nation of ours Malaysia is? We are so God conscious it seems.

With such pious, God- fearing citizens, surely they are all mindful that this is God’s earth and that we are all here to share. Love, peace, sharing, giving and equitable distribution of wealth. Equal opportunities for all the “children of God”.

We are so God conscious that there is no corruption at all. Our leaders are impeccable. The Muslim ones never forget to praise God before they make a speech.

And look at our priests. They fight for a better environment, better housing, better governance, just laws, education system that cultivates upright and responsible citizens, elimination of poverty, etc. They want to illuminate this country of ours with God’s light of mercy.

How unjust this world will be without these religious experts. They are so relevant in our daily lives.

I wouldn’t like to think that we are encouraging a culture of hypocrisy – saying we love God and behave like satan on earth. Surely, we have the mental ability and the strength of spirit to distinguish between form and substance?

But it puzzles me. I have heard and seen people scream and shout for blood in the name of religion. I have seen deliberate negative discrimination in the name of religion. And I am not just talking of the Muslims. In fact, I have heard of an MP say that he is “muslim first”,whatever that means. Why did he become a muslim (submitter) first before becoming a mukmin (believer)? What do these words mean anyway? Deeds we can evaluate but words…..?

In fact we are so religious that “a chosen few” among us have taken the duty to ensure that it is so even if it means resorting to compulsive measures. These chosen few will “guide” you to think how they “think”. When “guidance” fails, they will compel you for your own good. It does not matter that you are an adult above the age of 40 and have been maintaining a family well and that you are in a position of responsible decision making in your career. When it comes to religion, these chosen few are the experts. What a wonderful holy land we have!

This almost holy land ours is truly the 8th wonder of the world. Don’t you think?

Monday, November 17, 2008

The Mirror


If you have no love and mercy in your heart,
how can you claim to love God?

If you have no compassion and empathy,
why do you expect God to emphatise with you?

If you have no forgiving spirit,
why would you want God to forgive you?

If you are a tyrant in your ways,
your beliefs and your actions,
why do you expect God to shower you with His kindness?

If you live a life of only taking,
why would you expect God not to take it away?

If you do not want to understand the diverse colours
and languages that God created,
why do you expect God to understand you?

If you steal in creative ways,
why do you expect God to keep the wealth in your possession?

If you live a life of deceiving others,
why you do expect not to be deceived by your own self?

If you destroy lives in creative ways,
why do you expect your loved ones to be safe?

If, as a mere transient mortal you are arrogant,
why should not God humble you?

If you are forever distinguishing yourself above others,
why should God not differentiate you below others?

Are we forever asking but never doing?
Are we forever saving other souls, never our own?
Are we forever being religious but never a human being?
Are we forever form but never substance?

Let the mirror speak,
for it is enough as a witness
against us.


-jahamy

Friday, November 14, 2008

SATU MAHKAMAH - SISTEM KEADILAN MALAYSIA

Surat khabar melaporkan bahawa bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul hamid Mohamad mencadangkan percantuman mahkamah sivil serta mahkamah syariah. Jahamy telah menulis pada tahun 2005 didalam berita harian bahawa kita perlu wujudkan satu sistem keadilan di Malaysia didalam berita harian. Artikel nya berikut:-

“Satu Mahkamah mantap” sistem keadilan Malaysia
Oleh Jahamy (Berita Harian bertarikh 19hb April 2005)

KITA di Malaysia seolah-olah mempunyai dua sistem kehakiman yang 'tidak sehaluan' iaitu Mahkamah Sivil dan Syariah. Ada sesetengah menyangka sesuatu tidak Islamik dan satu lagi Islamik. Ini mewujudkan tanggapan seolah-olah dalam keadaan tertentu kita ke mahkamah bukan Islam dan ketika lain pula ke mahkamah Islam! Adakah tanggapan ini benar?

Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa: 'Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan'. Ini bermakna Persekutuan mempunyai obligasi untuk memberi kesan kepada peruntukkan dalam al-Quran serta Sunnah Rasulullah SAW. Namun, perkara ini tidak boleh dikelirukan dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang wujud kini. Dalam perkataan lain, bukan Mahkamah Syariah saja yang bertanggungjawab melaksanakan undang-undang bertepatan dengan prinsip keadilan al-Quran.

Mahkamah Sivil serta forum keadilan lain (contohnya tribunal pengguna)juga Bertanggungjawab dan memang mereka pada amnya sudah dan sedang menjalankan tanggungjawab ini. Setiap hari, Mahkamah Sivil sibuk mendengar dan memutuskan pelbagai pertikaian individu, syarikat dan jenayah. Perkara ini berlaku sejak kita
merdeka dan dalam suasana Mahkamah Syariah masih pada peringkat awal.

Sumbangan serta kepentingan Mahkamah Sivil sebagai satu forum keadilan dalam masyarakat tidak dapat dipertikaikan oleh sesiapa pun. Jika kita mengkaji pelbagai aspek undang-undang yang dihakimi Mahkamah Sivil, kita dapati ia bertepatan atau tidak bercanggah dengan ajaran al-Quran.

Memang ada undang-undang tertentu yang masih lemah, perlu diubah suai atau dibuang. Ini ialah proses pembaikan dan pembaharuan undang-undang yang perlu dipikul Parlimen.
Di samping itu, boleh dikatakan hampir majoriti hakim Mahkamah Sivil ialah mereka yang beriman kepada ajaran Islam, maka adalah merunsingkan bagi hakim ini jika benar Mahkamah Sivil bukan Islamik. Sebagai Muslim, mereka juga wajib beriman kepada surah al-Qalam ayat 36 hingga 38 yang bermaksud:

"Mengapa kamu ini? Bagaimana kamu membuat keputusan? Atau adakah kamu mempunyai sebuah kitab yang kamu mempelajarinya, sesungguhnya di dalamnya kamu dapat memilih apa yang kamu ingini?"

Jelas kita dikehendaki menghakimi atau membuat keputusan menurut prinsip atau panduan ditetapkan Allah SWT. Perkara ini amat penting kerana berkait langsung dengan Keimanan. Seorang yang sengaja tidak mahu menghakimi menurut petunjuk ditetapkan
Allah boleh tergolong dalam kategori kafir atau fasik. Kita boleh mengambil pengajaran daripada Surah al-Maidah ayat 44 yang bermaksud:

"... maka jangan kamu takut kepada manusia dan takutilah Aku dan jangan menjual ayatKu untuk harga yang sedikit. Sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itulah orang yang kafir."

Begitu juga mereka yang tidak menghakimi menurut perintah yang ditetapkan Allah boleh tergolong dalam fasik (al-Maidah: 47) atau zalim (al-Maidah: 45). Kafir, fasik dan zalim bukan perkara remeh. Tidak guna menjadi hakim yang hebat dan disegani tetapi tidak memperoleh keredaan Allah, apatah lagi keistimewaan di dunia itu hilang selepas bersara. Oleh kerana kesan yang berat ini, kita harus jelas mengenai kedudukan
Mahkamah Sivil terutama kerana ramai hakimnya Muslim. Persoalan sama ada Mahkamah Sivil menegakkan keadilan adalah isu pokok yang harus difikirkan kerana Allah berfirman bahawa menegakkan keadilan bererti mendekati sifat takwa:

"Hai orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang yang menegakkan
(kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil. Janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil, Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

Sejak merdeka, Mahkamah Sivil mengendalikan pelbagai kes dengan sejujur dan seamanah mungkin. Mahkamah ini sudah memberi makna kepada pelbagai akta diluluskan Parlimen yang memberi kesan terhadap pelbagai lapisan rakyat.

Memang ada kelemahan dalam proses sistem keadilan itu seperti kelengahan. Perkara ini diakui Ketua Hakim Negara, Datuk Ahmad Fairuz. Oleh itu, apabila beliau mengambil alih jawatan berkenaan, antara arahan utama beliau ialah mempercepatkan proses Keadilan.Kebanyakan peguam mengakui usaha beliau itu bukan saja berjaya, malah berkesan mengurangkan penderitaan mereka yang menunggu keadilan.

Adilkah jika Ketua Hakim Negara dianggap sebagai 'ketua sistem sekular' dengan konotasinya yang kurang sedap? Ketua Hakim Negara termasuk hakim lain ialah contoh manusia yang usaha bertakwa semampu mereka, sepatutnya.

Kita harus memulakan reformasi undang-undang secara menyeluruh (sivil dan syariah) untuk mengemaskinikan peruntukkan undang-undang yang bercanggah dengan keadilan.
Cara penyelesaiannya bukan dengan mengimport dari Timur Tengah atau 'negara Islam' yang diistilahkan syariah. Bukan semua yang dinamakan syariah bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah seperti bukan semua yang diistilahkan 'sivil' itu bercanggah.

Sebagai contoh, Kanun Keseksaan Syariah Nigeria ditiru bulat-bulat daripada Kanun Keseksaan Malaysia dengan beberapa pindaan. Begitu juga undang-undang hudud di Terengganu, ditiru daripada undang-undang gubalan Pakistan.

Semua sumber itu perlu dibandingkan dengan al-Quran iaitu sumber yang diakui pertama oleh semua fuqaha. Banyak contoh forum keadilan yang tidak tergolong dalam sistem Mahkamah Syariah boleh diberikan - Mahkamah Perindustrian, tribunal perumahan,
pengguna, Mahkamah Buruh dan sebagainya.

Semua forum ini adalah forum untuk menuntut keadilan dan pada amnya mereka menjalankan kerja dengan penuh amanah serta mentadbir keadilan. Mereka berada di bawah satu payung sistem keadilan. Adalah tidak tepat dan mengelirukan untuk menamakan forum ini sebagai sekular atau tidak Islamik. Masalah besar umat Muslim kini ialah perangkap istilah, kulit dan bahasa yang hampir membutakan kita terhadap
inti pati sesuatu perkara atau keadaan - budaya terpesona dengan kulit daripada menghayati isi.

Sejak merdeka sehingga kini, tidak ada seorang pun mufti negeri yang mengeluarkan fatwa bahawa Mahkamah Sivil tidak bersesuaian dengan Islam atau sistem kafir. Ini tentu bermakna mereka juga mengakui Mahkamah Sivil mempunyai unsur Islam seperti Mahkamah Syariah.

Jika ini keadaannya, mengapa diwujudkan dua sistem keadilan sedangkan kedua-duanya Islamik? Pada masa sama, pengekalan dua sistem kehakiman yang berasingan juga mengelirukan mereka yang jahil berkaitan Islam.

Islam adalah cara hidup yang menyeluruh (syumul) dan merangkumi segala aspek kehidupan. Jika kita terima sistem kehakiman sivil adalah Islamik, maka usaha harus dilakukan untuk mencantumkan kedua-dua sistem sivil dan syariah supaya wujud sistem keadilan Malaysia.

Sistem sivil dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti sivil, dagang dan keluarga. Melalui cara sama, kita boleh wujudkan beberapa bahagian bagi undang-undang khusus membabitkan perundangan Islam seperti undang-undang keluarga di bawah satu payung - iaitu sistem keadilan Malaysia.

Memang diakui usaha ke arah itu tidak mudah kerana pelbagai perkara perlu diteliti dan diambil kira. Namun, jika usaha ini memanfaatkan pentadbiran keadilan serta memperbetulkan kekeliruan terhadap Islam, kita harus lakukannya dengan mengetepikan sebarang agenda peribadi serta prejudis.

Kita mempunyai seorang Yang di-Pertuan Agong, seorang Perdana Menteri dan satu negara Malaysia. Amat bertepatan kita mempunyai hanya satu sistem keadilan iaitu sistem keadilan Malaysia yang menepati kehendak al-Quran dan Sunnah.

TAMAT

Tuesday, November 4, 2008

MENJAGA AKIDAH

Menurut fahaman agama Yahudi, “akedah” merujuk kepada peristiwa dalam Bible (Genesis 22: 1-19) dimana Nabi Ibrahim mengikat atau “binds” anaknya Issac sebelum hendak mengorbannya tetapi pengorbanan ini dihentikan oleh malaikat. Dalam pemikiran tradisi Yahudi, akedah juga digunakan sebagai asas kepercayaan yang kuat dimana penganut sanggup mengorbankan nyawa untuk agama (Kiddush Ha-Shem). Perbincangan konsep akedah ini dikalangan sarjana Yahudi menimbulkan perbincangan mengenai kepercayaan buta tuli berbanding pemilihan moral.

Perkataan “akidah”, seperti yang digunakan dalam negara kita, dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat yang tidak bercampur dengan syak wasangka. Dalam konteks ahhul sunnah wal jamaah, ianya difahamkan sebagai kerpercayaan serta keakuran kepada ajaran-ajaran yang terkandung didalam Al-Quran, Sunnah., ijmak, dan qias (“empat sumber usul al-fiqh”). Ijmak dan qias yang dimaksudkan ialah ijmak dan qias ulama-ulama sunnah wal jamaah yang diiktiraf.

Sesuatu perbuatan atau perlakuan yang bercanggah dengan ajaran daripada empat sumber tadi boleh dianggap sebagai mencabar akidah, terutama sekiranya ia boleh menjejaskan kepercayaan. Sebagai contoh, mengatakan bahawa Tuhan tidak wujud kerana ini dianggap boleh menjejaskan akidah bahawa Tuhan itu wujud.

Dalam Negara kita, terdapat usaha-usaha serius yang diambil oleh pihak berkuasa agama untuk menjaga akidah orang Islam supaya tidak terpesong atau lari daripada fahaman ahhul sunnah wal-jamaah. Fahaman-fahaman daripada shiah, ahmadiyyah dan selainnya yang juga mendakwa sebagai bersumberkan Al-Quran dan Sunnah dianggap sebagai terkeluar daripada “akidah Islam”.

Siapa kah yang menentukan samada sesuatu perkara atau perbuatan itu menjejas akidah? Seperti mana yang masyarakat semakin sedar, salah satu badan yang membuat keputusan sedemikian ialah Majlis Fatwa Kebangsaan dibawah Jabatan Perdana Menteri yang boleh mengeluarkan fatwa-fatwa. Begitu juga dengan Mufti-mufti Negeri yang boleh mengeluarkan suatu fatwa. Apabila suatu fatwa itu digazet mengikut perundangan, ia nya menjadi sebahagian daripada undang-undang syariah yang mana pelanggaran nya boleh mengakibatkan seseorang itu dihukum dengan denda atau penjara. Namun, bukan semua fatwa digazet.

Daripada perbincangan diatas, jelas bahawa selain daripada “undang-undang sivil”, rakyat beragama Islam juga tertakluk kepada undang-undang syariah serta diperlukan untuk mematuhi fatwa-fatwa yang dikeluarkan. Ini bermakna selain daripada undang-undang sivil terdapat pelbagai undang-undang yang mengikat and mengatur kehidupan seorang Muslim berbanding dengan yang bukan Muslim. Majoriti Muslim di dalam Negara kita ialah Melayu. Ini bermakna bangsa Melayu mempunyai lebih banyak undang-undang yang mengikatnya berbanding bukan Melayu.


Undang-undang sivil di luluskan oleh Parlimen setelah didebat . Rakyat berpeluang untuk mengambil bahagian didalam meluluskan suatu Akta melalui wakil rakyat mereka. Suatu rang undang-undang di maklumkan kepada rakyat supaa tidank balas daripada pelbagai lapisan rakyat boleh diperolehi. Kadang-kala kita tahu bahawa ada beberapa rang undang-undang dipinda atau ditarik balik apabila ada bantahan besar daripada rakyat. Bagaimana dengan undang-undang syariah yang diluluskan serta fatwa-fatwa yang dikeluarkan?

Ada kah anda tahu bagaimana ia nya dikeluarkan dan sama ada anda mempunyai peranan didalam penggubalan nya? Saya percaya persoalan ini penting kerana fatwa-fatwa dikeluarkan diatas nama “agama” maka ia nya dikeluarkan diatas nama Allah. Sebagai seorang Muslim tentu sekali anda mempunyai tanggungjawap untuk menilai fatwa yang dikeluarkan? Perkara ini jelas daripada surah Al-Israa ayat 36 dimana Allah berfirman, yang maksud nya:

“Dan janganlah kamu turut apa yang kamu tidak ada ilmu padanya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya”.

Ayat diatas saya anggap sebagai membuahkan sikap yang membolehkan seseorang itu mengawal dan menjaga kepercayaan nya sendiri. Tanpa usul periksa atau sikap percaya buta tuli boleh memesongkan kita daripada jalan yang benar. Sebagai contoh, kaum ahlul sunnah wal jamaah menolak fahaman kaum shiah. Bagaimana mungkin seorang sunnah wal jamaah dapat menilai suatu perkara kalau ia tidak, antara lain, menyelidk samada ulama yang bercakap itu shiah atau sunnah wal jamaah?

Tidak harus juga kah Muslim yang takut kepada Allah menilai bagi diri nya suatu pandangan yang dikeluarkan oleh mana-mana ulama agama dengan merujuk kepada Al-Quran dan sunnah? Kita memang akur, undang-undang boleh digubal bagi memaksa seorang rakyat mematuhi sesuatu fatwa atau pandangan sesuatu majlis atau kumpulan. Ini kita akur. Persoalan yang ditimbulkan ialah berkaitan dengan amaran jelas yang diberikan oleh Allah didalam surah Al An’aam ayat 94 yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong kamu yang kamu anggap bahawa mereka ialah sekutu Allah di kalangan kamu. Sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi manfaat)”

Maka jelas bahawa ayat diatas meletakkan tangungjawap diri keatas diri sendiri. Kita tidak boleh berdolak dalih dengan Pencipta bahawa kita mengikuti pandangan pakar atau kumpulan “yang lebih mengetahui” jika apa yang diikuti itu tidak seiras dengan ajaran Islam.

Saya dapati bahawa sejak 20 tahun kebelakangan ini selari dengan lebih banyak graduan daripada pusat pengajian Islam yang keluar, lebih banyak langkah diambil bagi “menjaga akidah” orang Melayu.

Memang kita perlu pandangan kumpulan yang berpendidikan, namun ada kah bermakna bahawa segala pemikiran yang dicetuskan oleh graduan universiti semesti nya sesuatu yang lahir daripada proses pemikiran yang bersih dan tepat?

Persoalan keduanya ialah adakah pendikikan Islam kita gagal sehingga Melayu sentiasa memerlukan perundangan dalam semua hal untuk membantu mereka tidak sesat? Kita lihat yang bukan Melayu yang bukan Islam masih menganuti agama mereka tanpa sebarang faktor undang-undang untuk memastikan “akidah” mereka tidak terpesong. Niat saya disini bukan lah untuk meremehkan fatwa atau pandangan pemikir yang jitu. Memang ada perkara-perkara kompleks yang memerlukan kajian dan pemekiran yang mendalam bagi membantu umat. Sebagai contoh didalam mengenal pasti bahan-bahan kimia yang mungkin tercampur benda-benda haram.

Namun, adakah kita mahu memperbudakkan diri kita dalam semua hal? Kita tidak ada kata putus didalam kehidupan sendiri berdasarkan usaha pemahaman Al-Quran?